Thursday, April 16, 2009

Reply from USIM

Well, after my email. I was forwarded their press release. I've read through it and USIM has officially denied that they practice such "sympathy marks". Officially, they have put in place policies to ensure quality. What I want to know is this...
  1. Was there a law lecturer that was terminated?
  2. If there was, what was the reason?
  3. If there was a termination of law lecturer and the reason is low passing percentage of her students, was there a detailed enquiry on why?
Its very simple. I hope the University understands that with intangible products such as education, reputation preceeds all.

Below is their press release

KENYATAAN MEDIA

16 April 2009

Untuk Siaran Segera

…………………………………………………………………………………………

Kenyataan ini dikemukakan susulan daripada paparan akhbar Kosmo bertarikh 15 April 2009 di muka hadapan bertajuk “Akibat Kedekut Markah” dan muka surat 3 bertajuk “Enggan beri markah kasihan Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan”.

Untuk makluman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin memberi penjelasan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar dan tidak berasas berdasarkan alasan-alasan berikut:

1) Sistem Penilaian dan Pemarkahan Peperiksaan USIM mempunyai dasar dan prosedur yang jelas seperti mana yang terkandung dalam prosedur USIM/PK/09 - Pengredan, Pemarkahan dan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan. Setiap keputusan peperiksaaan dibentang dan diteliti di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat Fakulti dan seterusnya diangkat ke Mesyuarat Senat Universiti untuk perakuan. Di samping itu, USIM juga mempunyai Penilai Luar yang melihat sistem akademik dan peperiksaan di USIM.

2) Pensijilan MS ISO 9001:2000 yang telah diperolehi sejak 11 November 2004 dan perolehan sijil buat kali kedua pada 8 Januari 2008 oleh pihak SIRIM di bawah skop Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Sarjana Muda Meliputi Rekabentuk Dan Pembangunan Kurikulum Program” telah membuktikan bahawa USIM mempunyai prosedur yang jelas dan telus terhadap sistem pendidikannya.

3) Pihak Universiti menegaskan bahawa Universiti tidak pernah mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan “markah kasihan” sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo. Istilah tersebut tidak pernah wujud dan kita sama sekali tidak berkompromi dalam sebarang pengubahsuaian markah oleh para pensyarah.

4) Dakwaan tersebut adalah sangat serius dan amat tidak berasas dan telah menjejaskan reputasi USIM dan pihak USIM amat dukacita kerana tuduhan yang tidak benar ini telah merosakkan imej Universiti di mata masyarakat.

5) Dakwaan tersebut adalah berniat tidak baik dan boleh memberi kesan yang negatif terutama dalam situasi sekarang :

a. USIM sedang di dalam proses pemilihan dan pengambilan pelajar baru,

b. Sebagai Universiti baru, ianya boleh menghilangkan dan menghakis keyakinan masyarakat kepada USIM,

c. USIM dalam usaha mendapatkan pengiktifaran dari badan profesional,

d. Lulusan USIM yang menyambung pelajaran di luar negara baik yang menyambung di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah,

e. Menjejaskan imej Graduan USIM yang sedang berkhidmat dalam pasaran.

6) Pihak Universiti berharap kepada masyarakat dan orang berilmu sekiranya hendak membuat komen dan ulasan dalam hal seperti ini harus mendapatkan maklumat daripada sumber dan fakta yang benar. Isu ini bukan “bualan murahan di kedai kopi”.

7) USIM akan melihat perkara ini di sudut undang-undang dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

8) Tenaga pengajar USIM di Fakulti Syariah dan Undang-Undang adalah terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman antaranya bekas hakim, bekas peguam dan profesor.

9) KOSMO wajib bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut kerana apa yang dipaparkan kepada umum seolah-olah fakta yang benar sedangkan kenyataan tersebut boleh dipertikaikan kesahihannya.

10) Pihak USIM memohon pihak Kosmo mendedahkan individu yang bernama ‘Nor’ berkenaan bagi membolehkan pihak Universiti membuat penjelasan lanjut.

Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin

Naib Canselor

Universiti Sains Islam Malaysia


7 comments:

aw3rz said...

Tahniah kerana berusaha untuk mencari kebenaran di sebalik berita yang digembar-gemburkan oleh sebuah TABLOID.

Namun secara jujurnya, anda takkan dapat jawapan penuh dari kenyataan rasmi kerana pihak universiti masih perlu menjaga professionalisme mereka.

Untuk tahu berita sebenar, anda perlu layari blog-blog pelajar USIM yang rata-rata pernah belajar dengan Cik Nor tersebut. Ada juga pensyarah sendiri yang meluahkan tidak puas hati beliau di blognya.

Sila jangan dengar omong-omong kosong dari pihak ketiga yang tidak tahu perkara sebenar dan berlagak ilmu penuh di dada.

Antaranya:

1. usulifaqih.blogspot.com/2009/04/usim-glamour.html

2. http://fariddin.wordpress.com/2009/04/15/usim-kena-jawab-fitnah-ini/

Terima kasih diucapkan

Sop said...

Salam, bro. Walaupun semua org di USIM kenal lecturer ni, tapi secara legal, tak boleh nak tuding jari kat dia sebab kosmo tak dedahkan individu tersebut. USIM hanya dapat counter secara umum dgn kata tiada 'markah kasihan'.

USIM tak dapat nak terangkan 100% pasal isu ni selagi kosmo tak menamakan lecturer ini.

Dan selagi kosmo tak berbuat demikian, harap2nya bro akan positifkan minda bhw USIM masih bersih. Dan bro sahutlah cabaran iskandar dlm post sblm ni.

bRed said...

Lets push for a throrough investigation.

Anonymous said...

sila buka blog ni untuk maklumat berkaitan kes ni>>>> http://bro86.wordpress.com/

Anonymous said...

aw3rz,

weblink pertama yang anda lampirkan merupakan milik pensyarah fakulti syariah & undang-undang dimana 'Nor' berkerja dan beliau pengetahuan mengenai drama yang dilakukan oleh 'Nor' dan weblink kedua merupakan milik bekas YDP MPP USIM, beliau juga pernah menjadi pelajar semasa 'Nor'masih bersama USIM. Kedua-dua mereka ini bukan lah 'berlagak ilmu penuh di dada'seperti yang anda dakwa, tetapi mereka ini ada pengetahuan mengenai perkara yang berlaku di USIM.

Bagi saya apa yang penting ketika ini ialah masyarakat Melayu harus bersatu. Drama yang dilakon oleh 'Nor'ini hanya akan memecah belahkan bangsa Melayu. Bangsa cina laknat sentiasa menunggu untuk menjatuhkan bangsa Melayu. lihat sahaja di Malaysia Today, article "Nor"ini dikomen rata2 oleh cina laknat yang memang menunggu masa untuk menjatuhkan Melayu. Oleh itu bangsa Melayu harus bersatu teguh agar kita tidak dijajah di bumi sendiri.

bRed said...

please dont be a racist. Org melayu sendiri yg menghalang diri menjadi maju.

Anonymous said...

Berdasar kan contoh apa yang anda kata orang melayu sendiri menghalang diri menjadi maju?

lagi satu, cara anda menulis kepada pihak USIM menunjukkan anda sungguh tidak matang.. ayat2 yang di quote seperti di bawah ini sungguh menunjukkan ketidak matangan anda. Anda menulis kepada pihak university dan kata2 dibawah menunjukkan anda seolah2 menulis kepada rakan anda. tiada rasa hormat kepada pihak university. Baik juga pihak USIM nak membalas email anda. students di overseas juga pernah menyuarakan ketidakpuasan hati pada pihak university tapi belum pernah saya melihat mereka2 ini menulis seperti anda. maaf jika saya katakan agak mengecewakan jika orang melayu menulis seperti ini.

"say NO! to sikap sambil LEWA!!!

Show your patriotism to the country by doing your job WELL!"

maaf ye, bukan menyindir tapi nak membetulkan mentality ornag melayu