Showing posts with label activism. Show all posts
Showing posts with label activism. Show all posts

Sunday, August 02, 2009

Tear Gas Hurts like HELL!


Listen
Originally uploaded by split.second™.
Aku baru je balik dari Perhimpunan ANTI ISA tadi. Walaupon kawan2 larang.. sebenarnya x begitu rancang la nak gi coz something happened on friday yg break my spirit..

Anway, I went out around 10am, went to the Clinic in PGRM but they were closed. I then went to the one I went before in Kg Pandan but they were closed too, so I ended up in HKL.. so basically there wasted some precious money. :(

after that, I took a bus to lrt station Titiwangsa and it was there that I decided I wanted to look around Masjid Jamek. So I only bought the ticket to Masjid Jamek.. There was nobody having a demonstration. There were quite a lot of police though.. and a Police lock up truck. I basically just lounged around.. made some friends, his name was Hatta, joined a few conversations.. huhu it was funny.. really funny.. there was no head and so when the Police told everybody to go home, nobody responded they just moved away. It ended up that we were following the police where ever they went. Same case with the Police lock up van, there were quite a crowd surrounding it.

But after solat zohor, it started. Unit Amal was in the mosque getting ready.. lepas ada kekecohan kecil kat luar.. bising2 mungkin polis cuba nak pecahkan group kat masjid nie kot.. tapi apa2 pon adala berjaya mara ke depan sikit.. pastu belom apa2 lagi polis dah tembak tear gas.. Pergh, mula2 aku tgk je asap tue.. tapi! lepas sekejap.. pergh SAKIT gilo! mata... aku pon larik sama macam org lain.. cornar kat sana ke arah bank muamalat, beli ayor kat kedai mamak yg rushing2 tgh nak tutup.. pastu baru teringat pasal depa cakap pasal garam.. so beli tue skali.. Pusing balik .. nak gi balik ke masjid jamek pastu depa kata gi sogo.. Unit amal siap kunci tangan dan jalan/lari dlm satu barisan lagi.. aku cepat2 masuk celah.. so kiteorang ramai giler berarak ke Sogo sambil laung2 slogan.. bab laung "Allahuabakr" tue aku segan sikit la.. coz tadi zohor pon x gi semayang.. apa2 pon kite gi ke Sogo, kat sana ada polis kat tgh jalan.. tapi aku tgk kat hujung jalan sana ada geng Anti ISA gak.. so apa lagi aku ngan org lain terus jerit2 "jalan je" "jalan je" Time tue .. dah la bingit semua org jerik "hidup rakyat" "hidup rakyat" ... tapi last2 walaupon Polis tue usaha halang tapi dia gila ke .. stakat 20 org je nak halang 10,000 last last kite rush.. larik.. si polis nie pon jadik takut dia sorang2 kat tgk.. depa pon berundur...

Lama gak kite boleh berkumpul.. ahli politik siap boleh bagi ceramah2 lagi.. aku rasa macam 100,000 tapi maybe 20,000 kot.. x pon 40,000 tapi ramai siot.. i sendiri x nampak sgt coz panjang tue.. so dah settle kite pon bergerak nak hantar memo ke istana pusing kiri.. and jalan ... tiba2 ada yg suruh berhenti.. wah.. kat depannnnnnnnnnnnn sana.. kat depan DBKL ... polis ramai tgh tunggu ngan water cannon skali. tapi lepas undur dan mara kemudian.. kite teruskan.. pastu mak ai.. water cannon serang.. punya laju dia mara.. kite orng disuruh berundur.. water cannon dtg .. mula2 kena sikit.. aku time tue dah kunci tangan ngan pakcik nie... unit amal nyer org... abis lenjun kena pancut.. mula2 tue orait lagi.. kiteorang jalan je.. sambil kunci tangan .. pastu.. tiba2 air tue masuk mata.. MAK AI!!! PEDIH GILER>.. abg tue tanya boleh tahan x.. aku jawab.. x leh.. pastu kite pon lari macam org lain gi bawah bangunan.. ada satu bangunan kat situ .. kat parking dia.. depa tuang ayor kat mata aku.. aku pon kunyah garam tue .. banyak... pastu ready dah .. lama gak nak pulih balik tapi depa kata kumpul balik kat atas sana so kite pon berkumpul balik.... ready.... tapi pergh... depa tembak gas pemedih mata lak.. banyak giler.. last2 aku larik masuk pertama compleks.. offer gak garam kat org laine.. pastu masuk sikit2.. tapi nampak gaya macam polis tembak gas tue masuk dlm pertama compleks skali.. so aku pon keluar ikut tepi .. yg depan bangunan mara tue.. turun balik ... aku tunggu je kat jalan tue.. tgk je polis... last2 depa undur.. yg lain nie pon ngan aku2 pon naik berang.. caci mencaci .. aku panggil depa "pengkhianat" tapi ada sorang mamat tue kata jgn provokasi.. pastu kite orang berundur sikit bila ada trak2 polis bawa ramai lagi anggota dtg.. ingatkan nak serbu kiteorang..tapi depa pusing kiri.. join kawan2 kat ujung sana..

ada mamat kat depan tue siap baling air botol mineral kosong kat depa bila depa lalu.. ada dua tiga kali la.. polis tue ilang cool., tembak tear gas dari dalam keta ... last2 bila dah macam bosan tue.. tunggu.. suruh kumpul balik ramai yg x .. last2 kiteorang berarak pergi mana ntah.. kiteorang jalan ke mana ntah .. jauh gak... jauh dari tempat polis2 berkumpul.. and last2 rupanyer kat depan ibu pejabat pas.. ramai kat sini.. tapi separuh dari tadi kot... anyway . sini jam giler coz kat tgh ada org sumer tapi kat tepi2 tue keta semua stuck coz jem coz kite halang jalan.. tapi itu sebabnyer polis lambat giler dtg ... coz ada jam .. kot .. water cannon xleh nak jalan.. kite saja je stop bas and keta utk jadik halangan.. tapi last2 kite pon beredar dari situ so i miss la polis sembur bangunan PAS. pergi balik ke Sogo.. ok je.. sampai sana ada yg laung2 lagi.. time nie xde la ramai sgt tapi ramai la jugak.. seberang jalan sana.. seberang polis jaga jalan... ada macam benda.. macam apa. nak kata kostum yg org pakai.. besar.. sorang pegang dari bawah .. sorang kat sayap setiap satu.. sorang pegang kepala.. i rasa nie artistic protest..

tiba polis muncul kat depan .. we all larik.. and time nie i ilang depa.. setengah ke kiri.. kat jalan TAR yg jual2 tue aku ke kanan kat area Jurassic tue... ingatkan nak masuk celah tgh2 .. tapi kat depan tiba2 ada tear gas.. so undur balik ke Sogo.. kat sini plak selamba larik tgh polis .. aku nampak polis gak larik coz water cannon dtg.. sinie memang kecoh.. last2 aku give up.. and blah.. lari gila2 ikut tepi tue.. pastu potong celah kat tempat org niaga2 tue and balik ke masjid jamek..

tunggu kat masjid jamek lama.. ingatkan depa akan kumpul balik.. tapi lepas asar pon x muncul.. sampai polis yg dari tadi tgh bersedia depan masjid pon masuk balik trak..

so after a while i pon jalan kaki ke plaza rakyat since station masjed jamek tutup abis.. i took a bus and balik..

Thursday, April 16, 2009

Reply from USIM

Well, after my email. I was forwarded their press release. I've read through it and USIM has officially denied that they practice such "sympathy marks". Officially, they have put in place policies to ensure quality. What I want to know is this...
  1. Was there a law lecturer that was terminated?
  2. If there was, what was the reason?
  3. If there was a termination of law lecturer and the reason is low passing percentage of her students, was there a detailed enquiry on why?
Its very simple. I hope the University understands that with intangible products such as education, reputation preceeds all.

Below is their press release

KENYATAAN MEDIA

16 April 2009

Untuk Siaran Segera

…………………………………………………………………………………………

Kenyataan ini dikemukakan susulan daripada paparan akhbar Kosmo bertarikh 15 April 2009 di muka hadapan bertajuk “Akibat Kedekut Markah” dan muka surat 3 bertajuk “Enggan beri markah kasihan Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan”.

Untuk makluman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin memberi penjelasan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar dan tidak berasas berdasarkan alasan-alasan berikut:

1) Sistem Penilaian dan Pemarkahan Peperiksaan USIM mempunyai dasar dan prosedur yang jelas seperti mana yang terkandung dalam prosedur USIM/PK/09 - Pengredan, Pemarkahan dan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan. Setiap keputusan peperiksaaan dibentang dan diteliti di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat Fakulti dan seterusnya diangkat ke Mesyuarat Senat Universiti untuk perakuan. Di samping itu, USIM juga mempunyai Penilai Luar yang melihat sistem akademik dan peperiksaan di USIM.

2) Pensijilan MS ISO 9001:2000 yang telah diperolehi sejak 11 November 2004 dan perolehan sijil buat kali kedua pada 8 Januari 2008 oleh pihak SIRIM di bawah skop “Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Sarjana Muda Meliputi Rekabentuk Dan Pembangunan Kurikulum Program” telah membuktikan bahawa USIM mempunyai prosedur yang jelas dan telus terhadap sistem pendidikannya.

3) Pihak Universiti menegaskan bahawa Universiti tidak pernah mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan “markah kasihan” sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo. Istilah tersebut tidak pernah wujud dan kita sama sekali tidak berkompromi dalam sebarang pengubahsuaian markah oleh para pensyarah.

4) Dakwaan tersebut adalah sangat serius dan amat tidak berasas dan telah menjejaskan reputasi USIM dan pihak USIM amat dukacita kerana tuduhan yang tidak benar ini telah merosakkan imej Universiti di mata masyarakat.

5) Dakwaan tersebut adalah berniat tidak baik dan boleh memberi kesan yang negatif terutama dalam situasi sekarang :

a. USIM sedang di dalam proses pemilihan dan pengambilan pelajar baru,

b. Sebagai Universiti baru, ianya boleh menghilangkan dan menghakis keyakinan masyarakat kepada USIM,

c. USIM dalam usaha mendapatkan pengiktifaran dari badan profesional,

d. Lulusan USIM yang menyambung pelajaran di luar negara baik yang menyambung di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah,

e. Menjejaskan imej Graduan USIM yang sedang berkhidmat dalam pasaran.

6) Pihak Universiti berharap kepada masyarakat dan orang berilmu sekiranya hendak membuat komen dan ulasan dalam hal seperti ini harus mendapatkan maklumat daripada sumber dan fakta yang benar. Isu ini bukan “bualan murahan di kedai kopi”.

7) USIM akan melihat perkara ini di sudut undang-undang dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

8) Tenaga pengajar USIM di Fakulti Syariah dan Undang-Undang adalah terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman antaranya bekas hakim, bekas peguam dan profesor.

9) KOSMO wajib bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut kerana apa yang dipaparkan kepada umum seolah-olah fakta yang benar sedangkan kenyataan tersebut boleh dipertikaikan kesahihannya.

10) Pihak USIM memohon pihak Kosmo mendedahkan individu yang bernama ‘Nor’ berkenaan bagi membolehkan pihak Universiti membuat penjelasan lanjut.

Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin

Naib Canselor

Universiti Sains Islam Malaysia


A complaint againt USIM

I read in the newspaper about this one Law Lecturer in Universiti Sains Islam Malaysia who was fired by the Universiti after only 4 of ther 157 students passed. She stated that she gave the marks that they should be getting? What really made me angry was when she said that her superiors wanted her to give sympathy marks so not that many failed. Not only that, some wanted her to give extra marks for attendance also.

I was so angry about this I wrote an email to the Dean and also cc'ed to the Malaysian Quality Accredition agency. I mean this type of thing is what destroys our reputation and also produce substandard graduates.

no wonder they cant get jobs.

This is the email i sent to them
Assalamualaikum Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin,

i would like to bring to your attention to an issue which I read in today's theStar, regarding the termination of one of your law lecturers because of the high percentage of failing marks given.

I do not object to the termination but rather on the reason for termination. Low passing percentages in any class is an indication of something gone wrong. What I object to is the short term approach taken by your university in asking the lecturer to give sympathy marks in the form of attendance bonuses. The lecturer is question is right in saying that attendance is their responsibility. A small bonus might be considered for 100% attendance but never for anything else. This brings into question the quality of USIM, USIM graduates and even graduates from Malaysian Universities as a whole!

I for one do not what substandard graduates in the market. Either you qualify for that degree/diploma or you don't. This is why there are so many graduates that are unable to get jobs. Because they dont't know anything. Malaysian graduates at the moment is bad as it is with the emphasis on academic credentials only, when you dilute that too, then, what is the point of a University?

I agree something should have been done when a Law lecturer fails a majority of her class. What you should have done is find the root cause! Why did she fail them? Is her standards too high for their level? If that is so, you must determine WHY her standards are too high? You must address WHY the students fail? Is it the curriculum? the culture? the student doesnt understand the medium?

say NO! to sikap sambil LEWA!!!

Show your patriotism to the country by doing your job WELL!

Thank You very much, I hope to receive a reply from someone.

Yours Truly,


Hussin Yusof
a concerned citizen

I suggest if you care about the quality of our education system, you tell them what you think also. Feel free to extend your support to them if you think what they did was right. I include the emails below for you guys so that its easy.
To:
nc@@usim.edu.my, tnc.hea@usim.edu.my, tnc.hep@usim.edu.my, pendaftar@usim.edu.my, aduan@mqa.gov.my, akreditasi@mqa.gov.my

dekanfst@usim.edu.my, jalani@usim.edu.my, dekanfbpu@usim.edu.my, niknasri@usim.edu.my, dekanfpg@usim.edu.my, samat@usim.edu.my, mustafa@usim.edu.my, mizan@usim.edu.my, adnany@usim.edu.my, dekanfkp@usim.edu.my, dekanfsk@usim.edu.my, dekanfem@usim.edu.my, dekanfqs@usim.edu.my, junaidah@mqa.gov.my, nazlin@mqa.gov.my, fairoz@mqa.gov.my, kamala@mqa.gov.my, nurazira@mqa.gov.my, farrahwahida@mqa.gov.my, NorhafizahArip@mqa.gov.my, razakm@mqa.gov.my, rohasni@mqa.gov.my, amran@mqa.gov.my, ikram@mqa.gov.my, HafizahGhazali@mqa.gov.my, anwarhalim@mqa.gov.my, elieja@mqa.gov.my, rashidah@mqa.gov.my, nazrul@mqa.gov.my, bala@mqa.gov.my, rohaida@mqa.gov.my, norhana@mqa.gov.my, syedahmad@mqa.gov.my, rosmawati@mqa.gov.my, editor@thestar.com.my